Resipi Sambal Pedas Berapi ala Khairul Aming

Resipi Sambal Pedas Berapi ala Khairul Aming

Selamat berhujung minggu semua. Pagi ini CikMa nak masak sambal pedas berapi versi ala ala KA. Main campak-campak je. Masakan ini tiada guna air langsung. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan untuk sambal pedas berapi CikMa.

Bahan A:

  • 40 biji cili merah
  • 35 biji cili api
  • 7 biji bawang besar
  • 2 labu bawang putih
  • 4 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan serbuk cili
  • 1/2 cawan cili flakes
  • 3 camb serbuk paprika
  • 2 camt garam
  • 2 camb secukup rasa hilal
  • 1 cawan bawang goreng segera

Bahan C:

  • 4 biji bawang besar
  • 2 cawan minyak masak

Bahan Tambahan (ikot pilihan masing-masing)

  • Ikan bilis goreng
  • Petai
  • Ikan masin
  • Belimbing buluh
  • Daun limau purut (untuk wangikan sambal je. Yang ni terpulang pada citarasa masing-masing)

Cara Memasak:

1. Bersihkan dan potong kecil-kecil semua bahan A. Kemudian panaskan sedikit minyak masak. Bila minyak dah panas, goreng semua bahan-bahan yang dipotong tadi sehingga layu seketika dan naik bau.

2. Sejukkan sekejap. Masukkan dalam blender bersama 4 cawan minyak. Kisar sederhana kasar. Kalau rasa campuran cili pekat lagi, tambah minyak lagi sikit. Kisar sekejap. Ketepikan.

3. Bersihkan bahan C. Potong dadu bawang besar. Tambah minyak 2 cawan. Goreng sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan bahan A yang sudah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Sentiasa kacau ye, kalau tidak hangit jadinya.

4. Tambah gula, garam, secukup rasa maggie, bawang goreng segera, cili flakes, serbuk paprika dan serbuk cili. Kacau sehingga sebati dan pecah minyak. Masak lama supaya sambal tahan lebih lama. Adjustlah rasa mana yang tak cukup nanti ye. Dah siap sambal nyet pedas berapi.

Nota:

  1. Lebihan minyak itu menjadi sambal tahan lebih lama. Simpan dalam freezer.
  2. Sambal berapi sedap dimakan bersama nasi panas dengan terung goreng tepung/telor goreng/udang sotong bihun goreng dll.

Boleh Cuba Rasa Sambal Minang Ni Juga Memang Cukup Berapi >> KLIK DI SINI

Resipi Sambal Pedas Berapi ala Khairul Aming

Resipi Oleh: Zainor Shima Ihsan