Resipi Puding Tutti Fruity Cantik dan Sedap

Resipi Puding Tutti Fruity Cantik dan Sedap

Ada filling Kiwi, Blueberry, dan Manggo. Buat untuk Potluck Jamuan Hari Raya sekolah anak. Alhamdulillah, habis semua pudingnya. Kata anak, cikgu yang banyak makan dari anak murid, syukur. Selain rupa lawa, warna-warni, rasa pun sedap. Korang try la. Memang sesuai makan time musim panas merelit sekarang ni.

Bahan-Bahan: (untuk satu adunan ni dapat dalam 25-30bekas)

  • 10g serbuk agar-agar (warna plain)*
  • 1 tin susu cair*
  • 3 tin air*
  • 1 tin susu full cream*
  • 1 tin susu pekat*
  • 2 sudu tepung kastard*
  • 1 sudu essen vanila*
  • 1 cawan gula pasir* (taknak letak pun takpe kalau taknak manis)
  • Filling kiwi, blueberry & manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)

Cara membuatnya:

1. Lorekkan atau calit filling pada tepi bekas acuan, pastu biarkan. Masukkan semua bahan bertanda (*) dalam periuk dan masak atas api sederhana hingga mendidih, kemudian sejukkan.

2. Selepas sejuk, curah dalam bekas acuan yang telah dilorekkan dengan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.

Nota: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.

Guna Filling Buah-Buahan Jenis Ni Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Puding Tutti Fruity Cantik dan Sedap

Resepi Oleh: Noor Faezah