Resipi Sambal Goreng Ikan Bilis Dengan Tempe
Lauk paling marvelous di bulan puasa. Lauk ni wajib ada stock masa bulan puasa. Sedap yakmat. Garing dan tidak terlalu kering. Rasa yang wow. Mak aku punya sambal yang ni memang unbeatable. Satu keluarga besar kiteorang mengakuinya. Tapi ni cara kamilah ye.
Honestly aku bertahun nak buat sambal ni jadi macam mak aku. Punyalah susah. Susah tu terasa sebab kena banyak sabar nak masak ni. Dah jadi nanti dia punya puas lain macam. Makan dengan bubur kosong pun sodap gais. Aku share la jugak sebab biarlah kita sesama makan sedap.
Bahan-Bahan:
- Segenggam ikan bilis
- Tempe – potong nipis-nipi
- 6 ulas bawang merah kecil
- 1 biji bawang merah sederhana
- 1/2 biji bawang holland
- 7 sudu besar cili kisar
- Gula dan garam
Cara Membuat:
1. 6 ulas bawang merah kecil, 1 biji bawang merah sederhana, dan setengah biji bawang holland. Blend je semua ni. Goreng segenggam ikan bilis, tempe potong nipis-nipis, goreng jugak. Ketepikan dulu.
2. Dah siap goreng tempe dan ikan bilis, masuk bebawang yang kita blend tadi. Pastikan bawangnya betul nampak brown dan tiada air. Masukkan 3 senduk cili kisar. Anggaran 7 sudu besar cili kisar. Agak-agak jela.
3. So tumis jela dan masakkan cili ni sampai separuh garing. Masuk gula dan garam serta perasa jika suka. Sebelum garing kena masukkan tau. Selepas pada fasa ni, bukak api kecil dan goreng kacau sampai dia kering tak payah masuk air ke, asam ke tak payah. Pastikan rasanya dah ngam.
4. Kalau kita bau garing tu. Itu tanda dah nak siap sambal kita. Dia akan keluarkan bau garing, bau sedap semerbak sampai jiran sebelah. Tutup api. Tunggu sejuk sekejap. Masukkan tempe dan ikan bilis kita tadi.
5. Gaul rata dan siap. Sejuk betul, boleh masukkan dalam bekas bertutup, dia tak rosak pun sebab dia kering.
Cuba Sambal Minang Ni Pun Sedap Juga, Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Syalfarina Razali


