Resipi Cornflakes Madu Gula Merah 4 Bahan Sahaja
Malas nak potong gula melaka, jadi kite guna shortcut la eh. Pakai gula merah. Boleh ikut kreativi masing-masing. Nak ramas kasar cornflakes pun ok. Boleh la korang buat aktiviti hujung minggu dgn anak-anak tambah stok biskut raya.
Bahan-Bahan:
- 250g butter
- 200g gula merah (cap bintang)
- 85g madu
- 500g cornflakes nestle (apa-apa brand kesukaan)
Boleh tambah kekacang, bijan, chery jika suka.
Cara Membuat:
1. Sediakan pan atau periuk yang sesuai. Panaskan api. Cairkan butter, masukkan gula merah dan kacau sehingga larut. Kemudian masukkan madu dan kacau sebati.
2. Bila dah nampak berbuih dan sedikit likat menjadi karamel. Matikan api dan tuang ke dalam bekas yang besar. Saya guna bowl besi mixer yang besar. Kite pakai 500g cornflakes ni banyak ye (sekotak besar). Kemudian masukkan cornflakes dan terus gaul. Hati-hati gula panas.
3. Boleh mula siapkan loyang dan paper cup mini (total dapat dalam 270 pcs). Sebelum isikan dalam paper cup mini, kaup balik beberapa kali cornflakes kite tadi. Kaup dari dasar bowl ke atas.
4. Isi dan bakar sekejap lebih kurang 5-10 minit atau sehingga garing ikut suhu oven masing-masing. Jangan lupa, panaskan dulu oven anda.
Nota: Saya guna oven gas industri, suhu saya guna adalah 110c atas dan 100c bawah, bakar selama 15 minit. Cornflakes bila panas-panas keluar oven dia memang lembik, tunggu dia sejuk baru rasa rangup atau tidak. Jika perlu, sambung bakar sekejap lagi tapi jangan sampai hangus pulak.
Boleh Cuba Belgium Chocolate Cookies Ni, Rangup dan Penuh Rasa Coklat >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Dani J Tang


