Resipi Daging Harimau Menangis Sedap dan Juicy
Daging harimau menangis sedap dan juicy, separuh makan bersama salad dan separuh zie gulung jadikan popia vietnam. Anak kurang gemar sayur segar bila buat macam ni dan dan boleh makan sayur. Nak beli mahal, jom buat sendiri puas makan.
Bahan-Bahan:
- 1 mangkuk Daging batang pinang dihiris nipis (atau boleh juga bakar tanpa dihiris terlebih dahulu)
- 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 2 inci halia ditumbuk lumat
- 1 – 2 sudu besar lada hitam ditumbuk lumat
- 4 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar kicap manis
- 4 sudu besar brown sugar
Cara Perapan Daging:
1. Campur kesemua bahan di atas ke dalam bekas berisi daging lalu sebatikan. Tutup bekas daging dan perap semalaman di dalam peti.
2. Cara masak boleh bakar atas arang, dalam oven atau salai di atas Pan sahaja sehingga masak. Panggang hingga masak, siap dan sedia dihidang bersama pencicah ala thai.
Bahan Untuk Sos Pencicah Ala Thai:
- 5 ulas bawang putih dicincang halus
- 7 biji cili padi ditumbuk atau hiris halus (suka pedas boleh lebihkan )
- 3 sudu sos tiram
- 4 sudu besar sos thai
- 1 sudu besar sos abalone scallop
- 3 sudu besar sos ikan nampla
- 1 kecil sudu gula perang
- 2 biji bawang merah kecil hiris nipis
- 1 sudu gula kabung thai (kalau tak ada boleh lebihkan gula perang tadi)
- 1-2 biji air perahan limau nipis
- Daun ketumbar dihiris halus dan batang ketumbar diketuk
- 2 sudu besar beras yg di sangai yang telah ditumbuk hancur (maksud sangai: masak tanpa minyak hingga hampir perang. Sentiasa kacau)
- 4 sudu besar bijan putih disangai
- Sedikit air kosong mengikut pekat atau cair kuah disukai
Cara Membuat: Satukan kesemua bahan di atas dan sesuaikan kesemua rasa dengan selera. Sos ini mestilah ada rasa pedas, masam manis dan savuri.
Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Ni, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Aisyah Humaira


