
Alhamdulillah dah siap Kuih Nona Manis Bandung untuk minum petang hari ni. Akak guna Saji krimer manis Bandung. Selain sedap dibuat minuman, krimer ini juga sedap dibuat kek, apam dan puding.
Resepi Kuih Nona Manis Bandung
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1 bj telur gred A
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan dalam blender bersama santan, gula dan tepung gandum. Blend hingga sebati. Ketepikan.
Bahan B:
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan Saji krimer manis Bandung
1/2 cawan santan
2 sudu makan gula pasir
secubit garam
2 titik pewarna pink
1. Satukan semua bahan, kacau rata guna whisk.
2. Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga agak pekat. Biarkan hingga suam.
3. Tuang bahan A tadi ke dalam periuk berisi bahan B dan kacau sebati.
4. Tuang kembali ke dalam blender dan blend sebati.
5. Tuang adunan ke dalam jag kecil atau botol sos bermuncung.
Bahan C:
2 cawan santan pekat
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan gula pasir
secubit garam
1. Campur rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masak atas api perlahan sehingga mendidih dan agak-agak likat sedikit.
3. Tutup api. Terus tuang adunan ke dalam botol sos kecil.
Cara Buat:
1. Sapu acuan kuih lompang dengan minyak. Tuang adunan perisa Bandung 3/4 acuan. Kemudian picitkan adunan putih di tengah acuan.
2. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit.
3. Tunggu hingga kuih sejuk kemudian cungkil kuih guna lidi untuk keluarkan dari acuan.
Resepi Oleh: Eka Zahra