Resipi Kari Telur Sotong ala Kedai Mamak
Sedap sungguh makan nasi panas-panas dengan kari telur sotong pekat memikat ala nasi kandar kedai mamak.
Bahan-Bahan:
- 1 kilo telur sotong bersihkan
- 5 tangkai daun kari
- 8 biji bawang merah dikisar
- 4 ulas bawang putih dikisar
- 2inci halia dikisar
- 3 sudu besar air asam jawa
- Minyak masak secukupnya
- Cukup rasa
- Garam
- 1 Paket kecil Serbuk Kari ikan + 1 Paket kecil serbuk Kari udang + 1 Sudu besar serbuk jintan putih+ 1 sidu besar serbuk jintan Manis + 1 Sudu besar serbuk ketumbar + Sedikit air jadikan paste.
- 3 Sudu besar Cili kisar
Cili kisar boleh ganti dengan 1 Sudu besar serbuk cili.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan paste rempah kari dan kacau sebati. Masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah kelihatan cantik dan sentiasa kacau).
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa. Kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. Masih mengunakan api sederhana. Selepas itu, masukan telur sotong yang telah dibersihkan tadi, masakkan seketika.
4. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan cukup rasa. Boleh tambah cili merah dan cili hijau sebagai hiasan. Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Nak Mudah dan Cepat, Boleh Guna Pes Rempah Kari Mamak Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nur Masri


