Resipi Biskut Bangkit Santan Cair Dalam Mulut
Yeayyyy… alhamdullilah jadik pun. Ni la biskut bangkit santan yang sis gigih nak buat sangat tu. Dapat satu bekas. Biskut orang-orang lama, sapa nak buat kena gigih untuk menguli, menekap, membakaq, memang kena la dengan nama dia, kuih bangkit. Hangpa dah ngadap dia, memang takkan buleh bangkit-bangkit dah selagi tak habis uli.
Memerlukan tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi, sebab pakai tepung ubi kayu kan. Tanpa butter atau mnyak, bayangkan dia punye liat nak uli. Acuan tu sis tak dak yang bunga, sis pakai bentuk cendawan dan bintang, tu pun tak tau la macam mana buleh ada kat umah ni. Tapi serious memang sedap, cair di mulut terus turun ke hati.
Bahan-Bahan:
- 3 cawan rata tepung ubi kayu
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa (jangan campur air) – sis pakai santan kotak ja.
- 1 cawan rata gula ising untuk manis sederhana. Kalau nak manis betul gunalah gula halus/gula kisar)
- 2 biji kuning telur grade B
- sehelai daun pandan disiat & disimpul
Cara Membuat:
1. Campur kedua-dua jenis tepung dan daun pandan, lalu digoreng tanpa minyak (sangrai) dalam kuali hingga ringan. Kemudian ayak dan sejukkan. Masukkan gula ke dalam mangkuk. Campurkan telur lalu dikacau hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan tepung, santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. kuih bangkit ni kena banyak uli. Uli dengan tapak tangan macam uli doh sehingga tidak melekat ditangan. Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek dan tekap dengan acuan ikut bentuk kesukaan anda.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160c darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing. Siap.
Cuba Kuih Bangkit Santan Tradisional Ni, Gebu dan Cair Dalam Mulut >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Zura Abu Bakar


