Resipi Bihun Singapore Mudah Guna Rempah Sup
Resepi simple belajar dari housemate masa study dulu. Resepi dia pakai rempah sup. Memang sedap dan cukup rasa. Kami buat jual masa tu. Buat sekali pakej BBQ masa senior years sebab tak dapat duduk hostel.
Masa tu dapat sales RM 1k lebih pun rasa banyak sangat dah. Bahagi 3 orang. Penat tu penat tapi seronok. Tiap kali masak bihun ni teringat zaman study dulu. Bukan main melompat bila ada tempahan time tu.
Bahan-Bahan:
- Sebungkus bihun
- Bawang merah + putih dikisar
- Minyak untuk tumis
- Isi ayam yang dipotong
- Rempah sup 3 sudu
- Serbuk lada putih
- Serbuk lada hitam
- Sayuran (malam tadi ada carrot ja, nak sedap lagi tambah sawi dan tomato)
Cara Memasak:
1. Tumis bawang dengan minyak sampai naik bau. Masukkan rempah sup. Tambah air sampai rempah masak. Masukkan ayam dan carrot dan biarkan sampai masak. Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam secukup rasa.
2. Seterusnya, masukkan bihun yang dah direndam. Kalau tak nak rendam, banyakkan air dan rendam bihun dalam rencah tadi sampai air kering. Sambil-sambil tu gaul-gaul bagi rata rencah tadi dengan bihun.
3. Masukkan sayuran lain jika ada. Tabur dengan cili merah dan daun sup dan hidang bersama telur gulung atau telur cincang. Siap.
Nota:
- Rempah sup yang saya pakai memang dah ada garam jadi saya tak tambah garam. Kalau rempah sup tak bergaram boleh tambah sebelum masuk bihun.
- Makan dengan cili potong + kicap atau blend cili padi + bawang putih + kicap lagi ngam. Tambah pulak keropok keping fuhh surr. Selamat mencuba.
Bertambah Sedap Kalau Makan Bihun Dengan Sambal Minang Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nurrussaadah Mohd Azilah


