Resipi Creampuff Dengan Filling Kastad Pandan Sedap
Creampuff Kastad Pandan. Selalunya buat filling kastad versi ori/vanila. Kali ni buat versi pandan pulak, tetap sedap. Sekali hadap licin.
Bahan Filling Kastad Pandan:
- 2 cawan fresh milk @ full krim milk
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 biji telur A
- 3 sudu besar tepung kastad
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu teh emulco pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
Bahan Puff:
- 1 cawan air
- 100 gm butter
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/4 sudu teh garam halus
- 1 cawan tepung gandum
- 3 biji telur A
Cara Membuatnya:
1. Filling Kastad Pandan; Satukan susu, gula, telur, tepung kastad, tepung jagung, emulco pandan dan pewarna. Kacau sebati dulu, jangan on api lagi.
2. Setelah sebati, on api. Kacau sentiasa hingga pekat dan berkilat. Tuang dalam bekas, tutup permukaan filling dengan plastik supaya tak berkerak. Sejukkan dalam peti ais.
3. Buat Puff; Satukan air, butter, gula dan garam. Kacau, biarkan butter cair dan mendidih. Perlahankan api. Masukkan tepung dan terus kacau cepat-cepat hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di periuk.
4. Biarkan hilang panas sekejap dalam 2-3 minit. Campur telur dan kacau hingga menjadi adunan yang lembut. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang dipasang nozel 1M. Picit bentuk spiral ke atas dulang yang di alas baking paper.
5. Celup jari dengan air dan tekan pada bucu tajam puff. Kemudian, sembur sikit permukaannya dengan air untuk membantu ia kembang masa dibakar. Panaskan oven 15 minit awal pada suhu 200c, api atas bawah.
6. Bakar puff pada suhu 200c selama 30 minit, api atas bawah, kipas on. Sejukkan puff dulu sebelum isi filling. Puff yang elok menjadi, ia akan kembang, ringan, merekah dan berongga di dalam.
7. Potong puff dan picit filling kastad pandan tadi. Satu adunan saya dapat 33 biji creampuff, bergantung pada saiz yang dibuat ye. Sedia untuk dinikmati.
Tips Supaya Creampuff Elok Menjadi:
- Sembur permukaan puff dengan sikit air sebelum bakar.
- Panaskan oven dulu 15 minit awal.
- Bakar pada suhu yang tinggi 200c sebab puff memerlukan suhu yang tinggi untuk jadi kembang, merekah, ringan dan berongga di dalam.
- Jangan buka oven masa tengah bakar.
Guna Nozzle Macam Ni Untuk Rupa Creampuff Lebih Cantik >> LIHAT DI SINI

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah Tihah


