Resipi Brownies Cheese Nampak Tak Cantik Tapi Sedap

Resipi Brownies Cheese Nampak Tak Cantik Tapi Sedap

Try resepi brownies ternampak kat fb haritu. Brownies ni dia naik tinggi lepas tu mendap kat tengah. Dalam lembut tapi sekeliling dan tapak dia macam crunchy bergula gitu. Melekat-lekat chewy kat gigi. Saya makan belah dalam je sebab lembut. Resepi asal takde cheese, yang cheese tu saya tambah sendiri.

Bahan-Bahan Brownies:

  • 130g majerin (saya guna butter)
  • 450g dark coklat
  • 100g tepung bluekey (saya guna tepung gandum tambah 1/4 sudu kecil baking soda dan 1/4 sk baking powder)
  • 180g gula perang (sy guna 150g)
  • 3 biji telur gred B (sy guna gred A)
  • Saya tambah 100g serbuk koko pure

Bahan-Bahan Cheese:

  • 250g cream cheese – Kalini saya guna beqa tiub kuning
  • 1 butir telur
  • 1 sudu besar tepung gandum

Mix semua bahan cheese sebati sehingga smooth.

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dan majerin guna kaedah double boil (saya guna kaedah cairkan butter atas api sehingga brown, matikan api kemudian masukkan coklat lalu kacau sehingga sebati).

2. Dalam bowl lain, campurkan gula dan telur. Kacau sehingga sebati sahaja. Masukkan adunan majerin dan coklat ke dalam adunan gula dan telur. Sebatikan.

3. Ayak tepung, masukkan ke dalam adunan dan kacau sebati. Jika anda guna serbuk koko, masukkan sekali bersama tepung. Alaskan loyang dengan baking paper.

4. Tuang adunan ke dalam loyang. Jika buat adunan cheese, tompokkan di atas adunan brownies. Bakar selama 45-50 minit, suhu bergantung oven masing-masing (oven panaskan dahulu).

Ramai Yang Dah Cuba Kepingan Brownies Perisa Mocha Ni. Memang Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Brownies Cheese Nampak Tak Cantik Tapi Sedap

Resepi Oleh: Dani J Tang