Resepi Acar Ikan Tongkol Sedap Bertambah Selera

Resepi Acar Ikan Tongkol Sedap Bertambah Selera

Alhamdulillah, sedap betul. Kalau tak cuba, tak bertambah-tambah lah makannya. Suami puji tadi, sampai licin pinggan menjilat jari!. Tadi cuba buat 4 ketul ikan. Suami kata lepas ni buat dengan ikan tongkol atau ikan Aye saiz besar mesti lagi sedap. Dapat ikan Aye putih lagi aumm ni. Okay, macam biasa saya senaraikan bahan-bahannya dan cara penyediaan di bawah.

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ikan Tongkol dilumur garam dan serbuk Kunyit (boleh gantikan ikan Tenggiri atau ikan lain juga)
  • 1 biji bawang Merah Besar (saya guna 3 biji saiz sederhana)
  • 5 ulas bawang Putih

Kisar sekali bawang merah dan bawang putih.

  • 1 batang Timun – potong jejari (saya buang biji)
  • 2 tangkai Lada Besar – potong jejari
  • 10 biji bawang Merah Kecil (atau 1 bawang Besar belah 4)
  • 1 senduk cili kisar (saya guna cili Boh)
  • 2sb Cuka
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara Memasak:

1. Goreng ikan macam biasa, goreng lembab tau. Angkat dan ketepikan. Kemudian, tumis bahan kisar dan tunggu pecah minyak. Masukkan cili kisar dan umis lagi hingga pecah minyak.

2. Bila dah pecah minyak, cili masak elok, boleh masukkan air. Masukkan juga bawang merah serta gula dan garam secukupnya. Garam adjust ye sebab ikan goreng tadi masin juga.

3. Seterusnya, renjiskan cuka dan biar kuah menjadi sedikit pekat dulu. Barulah masukkan timun dan cili besar. Gaul rata bagi timun lembut sedikit.

4. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata semua. Dah elok kuah pekat sedikit, boleh tutup api. Siap! Lebihkan timun dan bawang boleh diratah macam tu je, tambah kuah tu pekat pecah minyak ui sedap.

Bertambah Sedap Bila Makan Dengan Sambal Minang Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Acar Ikan Tongkol Sedap Bertambah Selera

Resepi Oleh: Mizah Ngatiman