Resipi Kacang Kuda Pedas Mudah dan Sedap
Sapa suka makan kacang kuda pedas?. Teringat masa di Aloq Staq dulu saya makan kacang kuda pedas dengan kopi O.Sedap sungguh. Ni resepi kacang kuda pedas cara saya naa.
Bahan-Bahan:
- 1/2 kg kacang kuda kering
- 5 Sudu makan cabai giling – Nak mudah guna cili boh
- 5 Sudu makan gula merah Thai (sesuai untuk pesakit kencing manis) – Masakan akan kelihatan kehitaman sikit. Jika guna gula puteh masakan akan kelihatan merah. Pilih yang mana suka.
- 2 Sudu teh serbuk chicken stock
- 1 Sudu makan air asam jawa
- 1 Labu bawang besar merah dimayang halus
- 1/4 Cawan minyak masak
- 3 Tangkai daun karipoleh
- 3 Sudu teh bijan
Cara Memasak:
1. Kacang kuda direndam selama 3 jam dalam air. Boleh dipercepatkan jika direndam dengan air panas cuma 2 jam saja. Bila kacang sudah kembang, rebus hingga empuk dengan api sederhana besar. Kacang ni ditoskan dengan air sejuk biasa dan biarkan ianya kering (lebih kurang 30 minit).
2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan bila minyak betoi-betoi panas, masukkan bawang dan daun karipoleh. Masak hingga bawang dan daun karipole bau wangi. Masukkan cabai dan air asam jawa. Masak hingga pecah minyak. Masukkan gula dan serbuk chicken stock (jika suka boleh ganti dengan garam halus).
3. Masukkan sedikit air supaya cabai tu betoi-betoi masak. Pada ketika ni kena rasa 3M iaitu manis, masin dan masamnya. Tambah mana yang kurang ikut selera sendiri. Bila adunan cabai tu dah agak pekat, masukkan kacang kuda yang kita telah keringkan tadi. Kacau sehingga cabai berpalut sebati pada kacang.
4. Untuk hiasan dan nampak cantik, taburkan bijan putih ke atas kacang dan kacau sehingga berpalut bijan-bijan tu dengan kacang. Bila dah masak tutup api, angkat dan masukkan kacang ke dalam bekas yang boleh ditutup. In Shaa Allah sedap.
Boleh Cuba Juga Kacang Dal Pedas Ketagih Yang Viral Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Ruhani Adam


