Manisan

Resepi Tutti Fruitty Cream Dessert

resepi-tutti-fruitty-cream-dessert

Resepi Tutti Fruitty Cream Dessert

Bahan-Bahan:

3 jenis biskut (marie, oreo, chipsmore)
3 jenis buah
250 gm whipping cream/fresh cream
200 gm yogurt asli
100 gm susu pekat
1 sudu teh geletin
3 jenis jem (strawberi, oren,blueberi) Pilih la yang mana satu

Caranya:

1. Patahkan biskut kecik-kecik dan potong buah kecik-kecik macam dalam gambar kat atas.

2. Putar whipping cream/fresh cream, yogurt asli dan susu pekat sehingga kental.

3. Bancuh geletin dengan sedikit air panas dan kacau sampai larut dan masukkan ke dalam adunan whipping cream yang diputar tadi, putar sehingga sebati (sekejap je).

4. Masukkan cream putar tadi ke dalam bekas/cawan. Letakkan biskut-biskut ke atas lapisan cream putar tadi. Layerkan dengan jem dikeliling bekas/cawan.

5. Ulangi step 4 dan 5 sekali lagi dan tutup lapisan atas sekali dengan cream putar tadi. Kemudian, letak buah-buah yang dipotong kecik-kecik ke atasnya dan layerkan dengan jem di keliling bekas/cawan.

6. Sejukkan di dalam peti ais (bukan beku), siap untuk dihidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Pengat Pisang Bonda

Resepi Tutti Fruitty Cream Dessert

Resepi Oleh: En Shahrul Faheem Humaira