Manisan, Snek

Resepi Tiramisu Mudah

resepi-tiramisu-mudah

Resepi Tiramisu Mudah

Bahan-Bahan:

• 3 biji telur
• 1/3 cawan gula kastor
• 250g cheese mascarpone
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 300ml krim (whipping cream)
• 1 bungkus biskut “Lady’s finger” (atau secukupnya)
• 2 cawan kopi (atau secukupnya)
• Coklat hitam
• Serbuk coco

Cara Membuat :

1. Asingkan putih telur dan kuning telur.

2. Di dalam periuk kecil, isikan dengan air dan didihkan. Pukul kuning telur bersama gula menggunakan pemukul elektrik di dalam mangkuk. Teruskan memukul kuning telur di atas periuk yang dididihkan air tadi (double boiler). pukul sehingga kembang dan kental. Alihkan dari double boiler, biar sejuk seketika. Masukkan cheese Mascarpone dan pukul hingga sebati. Masukkan sedikit esen vanilla.

3. Untuk memukul krim sehingga kembang, saya masukkan krim di dalam mangkuk dan letak di dalam peti sejuk beku untuk 5 minit. Ini memudahkan krim kembang bila dipukul. Pukul krim sehingga kembang dan kental.

4. Kaup balikkan krim ke dalam adunan telur dan mascarpone perlahan-lahan sehingga sebati.

5. Selepas itu, pukul putih telur menggunakan pemukul elektrik sehingga kembang dan kental. Menggunakan teknik yang sama dengan krim tadi, kaup balikkan putih telur ke dalam adunan.

6. Sekarang bolehlah kita menyatukan tiramisu kita. Bancuh kopi mengikut citarasa anda (saya suka kopi tanpa gula kerana biskut ladies fingers sudah manis). Tuangkan kopi ke dalam bekas yang leper.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cheesetart Shell Crust Buat Sendiri

7. Celup biskut ladies finger satu persatu ke dalam kopi, sekejap sahaja kerana biskut akan hancur. Susunkan biskut lady’s fingger di dalam bekas. Setelah habis satu lapisan, ratakan adunan krim mascarpone di atas biskut ladies fingers itu. Ulang lagi melapis biskut dan krim mengikut muatan bekas anda.

8. Akhir sekali, taburkan serbuk coco di atas tiramisu. Anda jugak boleh menghiris coklat hitam, dan taburkannya di atas tiramisu.

9. Simpan tiramisu di dalam peti sejuk.

Tips – jika tiada mascarpone atau terlalu mahal untuk beli mascarpone, boleh gantikan dengan cream cheese, tetapi pukul dulu cream cheese dgn sedikit krim untuk buatkannya kembang sedikit.

Sumber : Youtube – Pastribella Dr Ezani Masterchef: Too-eazy TIRAMISU!!!