Kek

Resepi Kek Kukus Buah Istimewa

resepi-kek-kukus-buah-istimewa

Resepi Kek Kukus Buah Istimewa

Bahan-Bahan:

  • 375 g buah-buahan campuran (mix fruit)
  • 250 g mentega
  • 300 g tepung gandum*
  • 1 camca teh sodium bikabonat*
  • 1 camca teh cream of tartar*
  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor (boleh juga guna ‘brown sugar’)
  • 150 g gula pasir (untuk gula hangus)
  • 1/4 cawan badam keping (flakes almond)
  • 1 biji pala, diparut

Bahan bertanda * disatukan dan diayak

Cara Membuat:

1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.

2. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata.

3. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.

4. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata.

5. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung bersama-sama buah-buahan campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.

6. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati-hati ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Muffin Pisang Gebu

7. Alih adunan ke dalam tin kemudian tutup dengan aluminium foil dengan kemas. Kukus selama 4 jam.

8. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!

9. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Potong kek bila dah sejuk supaya kek tidak pecah.

kek-kukus-buah