
Resepi Udang Goreng Kari Bersira Masam Manis Pedas
Korang wajib terai menu ni taw. Sekali makan bertambah tambah dengan nasi panas wehh. Sampai jilat jari habis la.
Resipi ni kan memang feberet la satu family Kekna. Sampai anak anak pun suke sangat licin habis.
Jom la nengok bahan-bahan dia;
Udang
Daun kari
Serbuk paprika
Kari daging
Lada sulah
Serbuk lada hitam
Bawang putih yang di dadu
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Butter
Cili api (option kalau korang sukee pedas ye)
Cara Buat:
1. Udang tu kan sila la basuh dulu ye. Lepas tu baru la tambahkan kari daging, paprika, sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah.
2. Biarkan dia sebati dalam 30 minit macam tu ye. Lepas tu baru goreng dalam minyak yang banyak sampai tenggelam udang tu. Dah agak garing angkat dan toskan dekat tepi.
3. Ambil sedikit minyak udang yang goreng tadi dan masukkan bersama butter. Lepas tu masuk bawang putih yang di dadu, cili api yang dipotong dan juga daun kari.
4. Tumiskan sampai naik bau dan agak garing sedikit. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Biarkan seketika masak dan sebati.
5. Akhir sekali masukkan udang yang dah goreng tadi dan gaulkan bagi sebati. Taraaaa. Siap dihidangkan dan dimakan.
Resepi Oleh: Zana Mokhtar