Resepi Telur Itik Masak Lemak Kuning
Bahan-bahan:
5 biji telur itik (nak buh lebih pun boleh)
2 sdb cuka
1/2 periuk kecil air
(didihkan air dan cuka, bila air dah mendidih ganas.. perlahankan api. Pecahkan telur ke dalam periuk, biarkan hingga masak.. angkat dan toskan, ulang hingga siap)
1 biji kelapa parut (kisar dengan 3 cawan air, perah amik santannya)
1 batang serai diketuk
1 sdt membukit garam (sila tambah jika kurang)
1/2 sdb gula
1 keping asam keping
Sedikit bahan perasa jika perlu
Bahan Kisar –
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit ubi kunyit (kalo takde buh serbuk kunyit sikit)
10 biji cili padi (suka pedas sila tambah)
(kisar semua bahan ini)
Caranya:
1. Satukan bahan kisar, santan, serai, asam keping, gula,garam. Renehkan guna api sederhana perlahan.
2. Kacau selalu jangan sampai pecah santan (kena sabar masa ni tau). Bila dah mula nak mendidih, masukkan telur itik.
3. Masak lagi dalam 2-3 minit, sesuaikan rasa. Siap. Boleh juga masukkan suhun, fucuk atau kentang.
Resepi Oleh: Mariana Zainal