Resepi Nasi Jagung Lemon dengan Ayam Tandoori

Resepi Nasi Jagung Lemon dengan Ayam Tandoori

Bahan-Bahan:

3 pot beras basmati – cuci dan rendam 20 minit dan toskan
3 cwn air – ikut sukatan dipeket beras seeloknya
1/2 tongkol biji jagung
1/2 bj parutan kulit lemon
1/2 cwn susu cair
1/2 bj capsicum merah/cili merah didadu
1 sdm marjerin
2 sdm minyak jagung
1/2 kiub ayam dan 1 sdk garam
2 sdm jus lemon

Bahan Tumis A –

1 kulit kayu manis
2 bj bunbga Lawang
3 bj buah pelaga

Bahan Tumis B –

1 bj bawang besar*
2 ulas bawang putih *
1 inc halia*
Finely chopped atau kisar bahan *
1 helai daun pandan disimpulkan
2 helai daun bay (optional)

Cara Membuat:

1. Panaskan marjerin dan minyak jagung di dalam periuk rice cooker dan tumis bahan A, diikuti dengan bahan B dan tumis hingga wangi. Masukkan capsicum dan jagung, kacau sebentar.

2. Masukkan susu, air, kiub ayam dan garam, biarkan mendidih baru masukkan beras. Pindahkn periuk ke rice cooker dan masak nasi seperti biasa.

3. Bila nasi sudah kering, taburkan kulit lemon. Selepas 15 minit, masukkan perahan lemon jus baru gemburkan nasi dengan garfu. Hidangkn bersama lauk kegemaran.

Ayam Tandoori Airfryer

Bahan-Bahan:

4 ketul ayam

Bahan Perap –

1 sdk serbuk cili
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk serbuk lada sulah
1 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk jintan putih
1/2 bj bawang besar
3 ulas garlic
1 inc halia
1 sdk garam
3 bj buah pelaga
1 sdk majerin/minyak masak
3-4 tangkai pudina
2-3 tangkai daun ketumbar
1/2 bj jus lemon
1/2 cwn yogurt
Sedikit pewarna merah

Cara Membuat:

1. Cara membuat bahan perapan; Campurkan semua bahan perap ke dalam blender. Kisar semua bahan dan lumurkan kesemuanya pada ayam.

2. Perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.

3. Grill diatas kuali leper atau airfry ayam dengan suhu 180c selama 20-25 minit, balik-balikkan atau hingga masak. Hepi kuking.

Resepi Nasi Jagung Lemon dengan Ayam Tandoori

Resepi Oleh: Keroroyz Royz