Daging, Sup

Resepi Sup Tulang ala Siam

resepi-sup-tulang-ala-siam

Resepi Sup Tulang ala Siam

Meh Mek Opie share resepi sup tulang yang sebijik cam kat kedai makan yang tukang masaknya made in siam tu. Saper yang rajin follow resepi Mek Opie share sebelum ni, memang tau lah. Resepi Mek Opie bukan pakai cedok sana sini. Yang bila korang buat, indah khabar dari rupa.

Ramai yang dah cuba resepi Mek Opie, dan sohih sumenya simple, mudah, dan devassssa sedap! Resepi sup tulang ni pun bukan sari dua Mek Opie baru buat, dah lebih 5 tahun memang ini lah resepi sup tulang yang Mek Opie masak untuk family. Memang asyik kena request jer.

Okeh jom cekidout apa bahan bahan dia!

Bahan-Bahan Kisar:

  • 8-10 biji bawang putih
  • 2-3 biji bawang merah besar
  • Halia 1-2 inci

Bahan-Bahan Rebusan Tulang:

  • Tulang 3 kg
  • Cuka 2-3 sudu (untuk daging cepat empuk)
  • Sup bunjut tulang
  • Halia 1-2 inci (di hiris nipis)

Bahan-Bahan Lain:

  • Batang saderi (Potong 1 inci)
  • Daun ketumbar (Potong 1/2 inci)
  • 3-5 batang Kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 sendok sos ikan (8-10 sudu)
  • 3-5 biji limau nipis di perah (kalau suka masam, buleh lebihkan lagi)
  • 20-25 biji cili api merah di ketok (kalau nak pedas lagi, buleh lebihkan. Nak kurang pedas, kurangkan)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu/potong 4)
  • 3 batang serai
  • 3 sudu rempah sup (bancuh dengan air)

Cara-Cara Masak:

1. Rebus tulang dalam periok. Air agak agak sampai tulang semua tenggelam. Masukkan hirisan halia, cuka, dan sup bunjut .Rebus sampai dagingnya empuk.

2. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar dan campakkan kayu manis, pelaga, serta bunga lawang.

3. Bila daging dah empuk, masukkan bahan tumisan dalam periok rebusan tulang tadi. Masukkan cili api, bawang holland, serai, batang saderi, sos ikan dan perahan limau nipis. Kacau sebati.

4. Masukkan bancuhan rempah sup. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya. Last sekali, tabur hirisan daun ketumbar ke dalam sup. Siap!

Nota: Mek Opie memang tak suka masukkan tomato sebab tomato memendekkan jangka hayat sup. Tapi kalau uolls suka, buleh lah tambah tomato yer.

Resepi Sup Tulang ala Siam

Resepi Oleh: Sofia Sarlinie Shukri