Kek, Snek

Resepi Kek Batik Topping Cheese

resepi-kek-batik-topping-cheese

Resepi Kek Batik Topping Cheese

Bahan-Bahan:

Bahan Kek –

1 bungkus biskut marie (Patah-patahkan)
1 bungkus kecil milo
Susu pekat 1/2 tin
1 ketul buttercup
1/4 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil nescafe

Topping Cheese –

250 g cream cheese
1/2 cwn susu pekat
1 sudu perahan lemon
sedikit susu cair

Cara Membuat:

1. Cairkan buttercup dalam kuali. Bila dah cair masukan milo, serbuk nescafe, susu pekat susu cair serta telur (pecah dan pukul sekejap) masak sampai sebati.

2. Pastikan api kecil supaya milo dan buttercup tadi bercampur dengan baik dan tidak berketul-ketul.

3. Bila bahan agak sebati, masukan biskut marie tadi kacau sampai sebati.

4. Angkat dan masukkan dalam bekas atau loyang. Tekan bahan supaya rata dan padat.

5. Sementara itu buat bahan untuk topping. Campurkan cream cheese, susu pekat, perahan lemon dan susu cair dalam bekas. Gaul bahan sehingga sebati.

6. Tuangkan topping cheese atas kek tadi. Boleh sejukkan kek dahulu dalam peti sejuk sebelum dipotong. Kalau nak lebih cantik, hiaskan dengan coklat rice dan nestum.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Popia Kemboja

Kek Batik Topping Cheese