
Resepi Sup Ayam Cendawan Simple
Betul ke orang Johor kalau lauk sup-sup diorang nak lawan dengan sambal kicap? Suami saya Johorean. Dia lah ni ajar makan sup dengan sambal kicap. Goreng pisang pom dia nak sambal kicap jugak Hehe… Kalau orang Terengganu singgang ikang wajib nak ada budu. Menu hari nie sup ayam cendawan, sambal kicap, sawi masak sos tiram, ikang goreng, buah dan ulam.
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor Ayam (potong kecik dan basuh bersih-bersih)
- 3 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- cili padi* (nak pedas letak banyak)
- 1 biji Kentang (potong 4)
- 1 biji lobak merah (potong besar)
- 1 biji buah tomato (belah 4)
- 1 peket sup bunjut adabi
- sudu besar rempah sup adabi
- Cendawan kering (rendam biar lembut potong 2)
- Garam dan perasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
- Daun sup/daun bawang (potong kecik)
Cara Masak:
1. Tumbuk kasar bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, dan masukkan ayam tadi, biarkan ayam separuh masak dan tambah air secukupnya dan masukkan sup bunjut.
3. Masukkan kentang, lobak dan cendawan bila dah mendidih masukkan rempah sup, kacau sebati, perasakan dengan garam dan perasa. Bila sup dah hampir masak masukkan buah tomato.
4. Bila dah masak hidangkan dan tabur dengan daun sup serta daun bawang.

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman