Makanan Laut

Resepi Sotong Phat Phet

resepi-sotong-phat-phet

Resepi Sotong Phat Phet

Bahan-Bahan:

Bahan A (Kisar Kasar) –

Cili api/cili merah – ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam – letak sikit ja

*Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong.

Bahan B –

Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut

Bahan sayur ( kalau tak letak pun tak pe) –

Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang di titik sehingga naik bau dan pecah minyak. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).

2. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula. Akhir sekali, masukkan kacang panjang, carrot, dan bunga kobis.

3. Kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat. Siap dan hidangkan dengan nasi panas.

Resepi Oleh: Juma Natull