
Resepi Snek Chocolate Marshmallow
Bahan-Bahan:
300 gram coklat masakan yang dicincang kecil
80 gram marshmallow mini
2 sudu kecil mentega
Cara Membuat:
1. Alas loyang bersaiz segi empat dengan kertas timah (aluminium foil).
2. Satukan coklat masakan dan mentega. Cairkan secara ‘double boiler’ hingga coklat mencair dan gaul rata.
3. Angkat coklat dari dapur, masukkan marshmallow ke dalam coklat dan gaul rata dengan spatula.
4. Tuang ke dalam loyang dan ratakannya. Hentakkan sedikit loyang supaya marshmallow timbul di permukaan coklat.
5. Hiaskan dengan coklat masakan putih, badam atau bahan hiasan yang disukai. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
6. Keluarkan dari acuan, biarkan pada suhu bilik seketika sehingga coklat lembut sebelum dipotong dan dihidang.