Ayam

Resepi Kari Ayam ala Sugu Pavrita

resepi-kari-ayam-ala-sugu-pavrita

Resepi Kari Ayam ala Sugu Pavrita

MasyaAllah sedapnya kari ayam resepi “Sugu Pavitra” ni.Jangan mak mertua lalu tak prasan tau. Asalnya resepi ni dia pakai ayam pencen tapi ayu pakai ayam biasa pun dah sedap sangat.

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu membukit Bawang Putih + Halia (tumbuk)
  • 1 Biji Bawang bsr hiris
  • 3 Tangkai Daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji tomato (hiris)
  • 4 ketul kayu manis
  • 4-5 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar serbuk kari babas
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk cili kering
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu bsr serbuk ketumbar
  • 1 kotak santan kara/ santan segar dari 1/2 biji kelapa
  • Ayam 1 ekor (saya guna 1/2 ekor)
Resepi Kari Ayam ala Sugu Pavrita

Cara Memasak:

1. Panaskn minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, dan bawang hiris sampai wangi. Kemudian, masukkan daun kari, daun pandan, bahan tumbuk 1 sudu, hirisan bawang besar dan kacau sampai wangi.

2. Masukkan ayam, kacau dan tutupkan periuk atau kuali dengan penutup. Biarkan masak seketika, jangan letak air. Masukkan kentang dan tomato, tutupkan semula periuk selama 1 minit.

3. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk jintan, serbuk ketumbar, serta serbuk kunyit dan gaulkan bagi rata ayam. Gaul dan Tumis hingga pecah minyak.

4. Ok part ni masukkan air ikut suka, kalau suka kari cair letak air lebih sikit. Ayu letak dalam 1 cawan setengah je sebab suka kari pekat-pekat. Tutup periuk seketika.

5. Masukkan santan dan biar mendidih hingga kentang empuk. Time ni pun boleh tambah air lagi kalau kari pekat sangat. Ok siap!

Nota: Garam gula ikut citarasa sendri ya. Asam jawa tak perlu sebab rasa dia balance sebab dah bubuh tomato.

Resepi Kari Ayam ala Sugu Pavrita

Resepi Oleh: Ayu Shahida