Sayur

Resepi Sayur Campur Ranggup Chinese Style

resepi-sayur-campur-ranggup-chinese-style

Resepi Sayur Campur Ranggup Chinese Style

Suka sangat makan sayur campur tiap kali makan nasi dengan mana mana lauk sekalipun. Takde sayur rasa macam tak lengkap. Tapi nak elakkan sayur jadi terlalu masak dan lembik. Chinese style gini adalah paling sedapp!.

Bahan-Bahan:

  • 5-7 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 cili besar / cili padi
  • Bebola ikan
  • Brokoli
  • Lobak merah
  • Baby Jagung
  • 1 sudu air tepung jagung

Cara Memasak:

1. Rebus sayur sayuran dalam 5 minit sehingga lembut. Angkat dan ketepikan. Panaskan sesudu minyak zaitun. Tumis bawang putih cili hingga naik bau.

2. Masukkan cili, sos tiram dan sedikit air. Masukkan udang hingga masak. Masukkan bebola ikan (boleh juga tukar kepada cendawan atau apa apa sayuran ikut citarasa).

3. Perasakan dengan garam dan gula. Untuk memekatkan kuah masukkan air tepung jagung terpulang citarasa.

4. Tunggu sehingga mendidih dan kuah sedikit pekat. Tutup api dan tuang kuah tadi di atas sayur campur yang telah direbus tadi. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!

Resepi Sayur Campur Ranggup Chinese Style

Resepi Oleh: Maryam Hussain