Nasi

Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap

resepi-nasi-goreng-belacan-mix-tersedap

Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap

Tahu tak apa perasaan cikgu lepas dapat makan nasi yang diidamkan dengan rupa begini? Speechless. Sedap tak terkata. Dengan aroma dan gabungan yang sangat menarik. Puas hati cikgu makan sambil mata melalak-lalak ke atas. Ahaa terover pulak. Tapi kenyataannya begitulah. Silakan resepinya;

A. Resepi Ayam Blackpepper Masam Manis

1. 2 keping dada ayam dicincang kecil lalu diperap seketika dengan bahan di bawah:

  • secubit dua serbuk lada hitam ajino-shio
  • secubit lada sulah
  • secubit perisa Hilal @ secukup rasa
  • secubit garam

2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan dua keping halia. Goreng sehingga isi ayam separa masak. Kemudian perasakan dengan:

  • 1/2 sudu besar stok bawang putih goreng
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 sudu kecil kicap ikan
  • 1/2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap Jalen pekat

3. Kuatkan api untuk menghasilkan aroma ‘smokey’ sambil ayam dikacau. Selepas dua tiga minit bolehlah ditutup api.

B. Resepi Telur Dadar Melting

1. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Perasakan dengan:

  • secubit dua serbuk lada hitam ajino-shio
  • secubit lada sulah
  • secubit perisa Hilal @ secukup rasa
  • secubit garam
  • secubit kiub pati Ayam Maggi

2. Panaskan sedikit minyak dalam pan. Kemudian tuang telur dadar tadi. Angkat selepas masak. Gulung telur, kemudian hiris nipis bulat.

C. Resepi Kuah Hailam

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan:

  • dua tiga cubit serbuk lada sulah
  • dua tiga cubit serbuk lada hitam ajino-shio

3. Masukkan secawan kecil air. Masukkan pula sedikit kubis bunga dan carrot.

4. Perasakan dengan secubit dua kiub Maggi. Tambahkan lagi sedikit serbuk lada sulah, perasa Hilal.

5. Kemudian tambahkan agen pemekat iaitu air campuran tepung jagung (suku gelas air + 1/2 sudu besar tepung jagung).

6. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam sebelum ditutup apinya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Kuning

D. Resepi Nasi Goreng Belacan

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis 2 ulas bawang putih yang dicincang halus dan 1/2 biji bawang merah dimayang sehingga wangi.

2. Tambahkan 1 sudu besar udang kering. Kemudian masukkan 1/2 inci belacan bakar yang dilenyek dalam lesung. Boleh tambah sedikit air untuk sebatikan belacan.

3. Perasakan dengan;

  • Sedikit kicap ikan
  • Setitik dua minyak bijan
  • Secubit dua serbuk lada hitam Aji-Shio
  • Secubit dua perasa Hilal
  • Secubit dua serbuk lada sulah

4. Sedia untuk dimasukkan nasi sebanyak 4 sudip. Kacau sehingga garing. Masukkan juga 1/3 sudu kecil gula untuk menyeimbangkan rasa.

5. Tutup api selepas lima enam minit. Masukkan nasi ke dalam mangkuk untuk dibentukkan.

E. Cara penyediaan lengkap Nasi Goreng Belacan Tersedap

1. Susun Ayam Blackpepper Masam Manis atas sekeping daun salad, timun batang.

2. Letakkan Telur Dadar Melting, buah mangga susu disagat, potongan kacang panjang, hirisan bawang Holland & merah.

3. Bentukkan nasi ditengah-tengah pinggan.Hiaskan dengan sedikit daun bawang & ketumbar serta bawang goreng.

4. Sendukkan kuah Hailam. Akhir sekali potongan cili padi merah & hijau. Siap.

Rasanyaa sangatlah memikat dengan rupa nasi goreng yang sedap sebegini.

Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap

Resepi Oleh: Afy AL Habibi