Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis Kacang Rangup
Sedap dimakan begitu saja, pedas manis rangup. Bila makan susah nak berhenti, terutama masa menonton tv, sedar-sedar habis sebalang.
Bahan-Bahan:
- 6 pek tempe
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1/2 mangkuk kacang tanah
- 5 ulas bawang putih
- 8 biji bawang merah
- 5 sudu besar cili kisar
- 1/2 sudu besar Maggi cukup rasa
- gula secukupnya ikut selera masing-masing
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak secukupnya. Hiris tempe nipis-nipis dan goreng atas api perlahan sehingga garing. Setelah keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng kacang tanah, angkat dan toskan. Kisar halus bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan garam, secukup Rasa dan gula. Masak sehingga sambal mendidih dan nampak pekat berkilat. Tutup api.
Tips untuk rangup, biarkan sambal sejuk baru gaulkan dengan tempe, kacang dan ikan bilis goreng tadi. Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.
Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Bertambah Nasi >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nur Masri


