Resepi Biskut Green Peas Rasa Lemak Masin Sedap

Resepi Biskut Green Peas Rasa Lemak Masin Sedap

Deepavali haritu sempat buat 1 adunan saja biskut ni. Semalam buat perabeh tepung yang masih berbaki, haritu beli 1 kilo. Sebelum tepung expired lebih baik buat cepat-cepat. Teringin pula nak makan. Tak kira raya ka tak.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung biskut Red Rose/tepung gandum
  • 2 cawan Tepung Green Peas ready made beli di Bakery Suppliers
  • 2 sdb tepung jagung (in case tiada tepung jagung guna saja tepung beras lebih ranggupkan biskut) harini mummy guna tepung beras.
  • 1 cawan brown sugar atau gula kastor, jika guna gula kastor guna hanya 3/4 cawan saja kalau tak suka manis-harini mummy guna gula kastor.
  • 1 sdk serbuk penaik

Cara Membuat:

1. Gaul semua bahan sehingga rata kemudian masukkan 2 sdb butter untuk lebih lemak dan masin. Tiada garam diperlukan sebab Tepung Green Peas dah terasa masin.

2. Masukkan 1 cawan minyak Mazola, tuang sedikit demi sedikit (jangan dituang sekaligus) sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk samada bulat atau menggunakan acuan.

3. Bulatkan sebesar guli atau terap dengan acuan. Kalau terap guna acuan jangan tebal sangat. Sapu kuning telur di atas biskut sebelum bakar (kuning telur + pewarna kuning + esen vanila bertujuan untuk hilangkan hanyir telur). Jangan guna telur kuning yang sejuk/dalam peti ais sebab nanti sapuan jadi tak cantik jadinya guna telur yang diletak di luar suhu bilik.

4. Bakar selama 20/25 minit atau sehingga masak, dengan suhu 170/180c. Bila nampak biskut merekah di atas tandanya dah masak cantek. Mummy suka biskut ni dengan biskut kacang mazola rangup. Ada orang suka gebu.

Boleh Cuba Belgium Chocolate Cookies Ni, Rangup dan Penuh Rasa Coklat >> KLIK DI SINI

Resepi Biskut Green Peas Rasa Lemak Masin Sedap

Resepi Oleh: Makcik Ratu