
Bahan-Bahan:
10 ketul ayam – gaul dengan sedikit kunyit
5 ulas bawang merah – mayang halus
2 ulas bawang putih – mayang halus
1 biji bawang besar – potong bulat
2 biji tomato – belah 4
15 tangkai cili kering
2 batang serai
1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
Sedikit belacan – jika suka
2 helai daun limau purut – hiris halus
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Goreng ayam bersama kunyit hingga separuh masak, angkat dan keteepikan.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang hingga naik bau.
3. Masukkan cili yang dikisar bersama belacan, serai dan lada hitam.
4. Masukkan daun limau purut yang dihiris halus, dan masukkan ayam tadi.
5. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa, kemudian masukkan tomato yang dibelah 4.
6. Masak hingga pecah minyak, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Suaikan rasanya dulu barulah diangkat dan dihidangkan.