Ayam

Resepi Ayam Masak Hitam Manis

resepi-ayam-masak-hitam-manis

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari
1 biji tomato potong potong suka hati (buat hiasan)
1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan)
kicap manis secukup rasa (saya guna kicap kipas udang)
Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)

Cara Memasak:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.

2. Potong ayam sederhana, gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak. Ketepikan.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan kisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam goreng tadi, tambahkan kicap manis secukupnya. Kemudian, tambahkan air 1/2 cawan dan tutup tudung periuk. Biarkan sehingga mendidih.

5. Masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar. Apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan.