Mee

Resepi Mee Rebus Terengganu

resepi-mee-rebus-terengganu

Resepi Mee Rebus Terengganu

Bahan-Bahan:

Mee kuning – 2 paket (boleh juga guna mee lidi)
Bawang putih – 4 ulas*
Bawang merah – 6 biji*
Lada hitam – 3 sudu besar*
Garam – secukup rasa
Chicken stock – secukup rasa
Cili merah – 2 biji (dipotong)
Tomato – 2 biji potong (1 biji potong 6)
Carrot – setengah batang
Sawi – 1 ikat
Ayam bahagian dada
Air
Telur – 2 biji

Tumbuk bahan yang bertanda (*) sehingga lumat.

Cara Memasak:

1. Tumiskan bahan yang bertanda (*) sehingga naik bau, masukkan ayam sampai masak.

2. setelah ayam masak, masukkan air (air agak-agak 2, 3 gelas) sampai mendidih.

3. Lepas mendidih, masukkan telur ditempat mendidih paling kuat, biarkan telur tu pecah dengan sendirinya. Masukkan sawi, cili merah, tomato dan carrot.

4. Masukkan mee kuning, kacau sikit. Agak-agak kuah tu kurang boleh letak air lagi ikut suka selera masing-masing, tapi mee rebus kalau takde kuah tak sedap.

5. Perasakan dengan garam & chicken stock secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Mee Siam Goreng Singapore

Resepi oleh: Anys Nadiah