
Resepi Roti Goreng Sambal Sardin
Bahan-Bahan:
Roti gardenia secukupnya
Sambal Sardin –
2 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
(Bahan diatas di blend halus)
1 tin ikan sardin-ambik isi ja ya lepas tu blendkan
3 sb serbuk cili jenama baba’s
2 sb sos cili
Sedikit air
Sedikit serbuk perasa, garam dan gula
Caranya:
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak. Tumiskan bahan blend hingga pecah minyak, baru masukkan serbuk cili.
2. Kacau sebati sehingga pecah minyak, kalau agak kering masukkan sedikit air ya dan kacau lagi.
3. Masukkan sos cili, kacau sebati barulah masukkan sardin (tak kisahlah jenama apa-apa pun boleh).
4. Kacau sebati, last masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Kacau sebati sehingga masak. Siap, sejukkan.
Cara Buat Adunan Tepungnya Pula
Bahan-Bahan:
4 sb tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk perasa
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Cara Buat:
1. Bahan-bahan di atas dikacau sehingga sebati ya, adunan ni jangan pekat sangat buat cair sedikit. Ok siap, bolehlah buat macam biasa.
2. Cara saya ambik roti buh inti, ratakan (buat nipis ja jangan tebal na). Ambik lagi sekeping buh atasnya, tekup, dan tekan rata. Belah 4, cara ni buatlah sampai habis roti tu ya.
3. Panaskan minyak dalam kuali, celup roti dalam adunan tepung satu persatu. Biarkan masak sepenuhnya, angkat dan hidangkn. Siap.
Resepi Oleh: Norahalina Lina