Makanan Laut

Resepi Kari Sotong Tumis Darat

resepi-kari-sotong-tumis-darat

Resepi Kari Sotong Tumis Darat

Bahan-Bahan:

Sotong (bersihkan dan nak potong atau masuk sekor-sekor terpulang lah ya dan toskan)
2 peket kecik rempah kari ikan babas (bancuh dengan sedikit air)
3 biji kentang – belah-belah
1 biji bawang besar – hiris nipis
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
2 tangkai daun kari
1/2 kotak santan atau 100 ml (kotak kecik)
2 keping asam keping
Garam, perasa dan gula
1 biji tomato – belah 4
2 biji cili muda – belah 2
5 atau 6 tangkai cili padi

Bahan Tumis Darat –

1 biji bawang besar – belag 2 & hiris nipis
3 ulas bawang putih – hiris
1 tangkai daun kari
4 atau 5 tangkai cili kering – potong pendek
1 sudu makan halba campur

Cara Masak:

1. Tumis semua bahan hiris dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan rempah dan tumis hingga garing.

2. Masukkan 2 gelas air. Kemudian, masukkan kentang dan biar hingga kentang empuk (Kalau belum empuk, boleh tambahkn air lagi).

3. Masukkan garam, perasa dan gula. Masukkan asam keping dan masukkan sotong serta santan.

4. Bila dah nampak sotong masak, masukkan tomato dan cili belah. Tutup api.

5. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat hingga kekuningan dan kemudian curahkan ke dalam periuk kari tadi. Hidangkan.

Resepi Kari Sotong Tumis Darat

Resepi Oleh: Mazliza Ahmad