Pastry

Resepi Red Velvet Cream Cheese Puffs

resepi-red-velvet-cream-cheese-puffs

Resepi Red Velvet Cream Cheese Puffs

Bahan-Bahan:

Bahan Puffs –

80 grm butter atau margarine
250 ml air
1 sudu mkn gula
1 sudu kecil garam
150 grm tepung gandum
4 bj telur
1 sudu kcl esen vanila
pewarna merah

Bahan Cream Cheese Filling –

cream cheese
susu pekat manis
air perahan lemon atau limau

Cara-Cara:

1. Satukan butter atau margarine, air, gula, garam dan pewarna dalam kuali dan didihkan.

2. Kecilkan api dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga adunan tidak melekat pada kuali, golek-golekkan sekejap dalam kuali…

3. Pindahkan adunan ke dalam bekas lain dan dimixer kelajuan rendah untuk keluarkan haba panas.

4. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil dimixer hingga sebati. Paipkan adunan atas loyang yang dialas baking paper.

5. Bakar, suhu 200°C selama 30-35 minit. Setelah keperangan dan masak, biarkan dalam oven sekejap, buka sedikit pintu oven.

6. Isi puffs yang dah sejuk dengan inti lemon cream cheese; Pukul cream cheese sekejap. Masukkan susu pekat manis (sukatan ikut selera) dan pukul sebati. Masukkan air perahan lemon atau limau dan sebatikan. Paipkan ke dalam puffs.

Resepi Red Velvet Cream Cheese Puffs

Resepi Oleh: Eka Zahra