Resepi Red Velvet Cheesecake
Bahan-Bahan:
274g biskut oreo ( kisar halus )
1/4 cwn butter ( cairkan )
2x250g cream cheese
1/2 cwn whipping cream
3/4 cwn gula kastor
2 sudu besar pewarna merah
3 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
Cara Membuat:
1. Gaul biskut oreo bersama butter, gaul rata dan tekan dalam loyang.
2. Putar cream cheese bersama gula hingga lembut. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
3. Masukkan pewarna dan serbuk koko, putar sebati. Kemudian putar whipping cream hingga kembang.
4. Tuang adunan cheese dan gaul sebati dengan cara kaub balik.
5. Balut loyang dengan kertas aluminium. Tuang adunan dan bakar cara water bath.
6. Bakar dalam oven dengan suhu 150’c selama 45-55 minit (ikut oven masing-masing).
7. Bila dah masak tutup api biarkan kek sejuk dalam oven 30 minit.
8. Simpan kek dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman untuk rasa lebih sedap.