Puding

Resepi Puding Buah Naga

resepi-puding-buah-naga

Resepi Puding Buah Naga

Bahan-Bahan:

Lapisan Putih –

5gm agar² serbuk
110gm gula pasir
400ml air
1 cawan non-diary whipping cream, dipukul sehingga kaku

Lapisan Merah –

300gm isi buah naga merah, dikisar
10gm agar² serbuk
240gm gula pasir
2-3 sudu teh perahan limau nipis
950ml air
10 biji buah starwberry, diksiar (opt)

Cara Membuat:

1. Puding Merah – Didihkan air. Satukan agar-agar dan gula. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau rata hingga gula melarut.

2. Masukkan buah naga dan strawberry kisar. Kacau rata. Matikan api dahulu, baru masukkan air perahan limau nipis.

3. Tuangkan ke dalam loyang/acuan dan biarkan ¾ beku.

3. Puding Putih – Didihkan air. Satukan agar-agar dan gula. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau rata hingga gula melarut.

4. Masukkan whipping cream. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekejap. Tuang ke atas adunan merah tadi. Bekukan.

Nota: Cakar-cakar manja adunan merah supaya adunan putih melekat elok nanti.

Cuba Resepi Ni:  Agar-Agar Santan Gula Melaka Sedap Berlemak dan Kurang Manis

Puding Buah Naga