Resepi Red Velvet Cheese Cupcake
Bahan-Bahan:
Bahan Cupcake –
250g tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15g) serbuk koko
1/2 cup (113g) unsalted butter
230g gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup (240ml) buttermilk*
2 sudu besar pewarna merah
2 sudu teh cuka
1 sudu teh baking soda
*kalau tak ada buttermilk, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka atau lemon juice. Biarkan selama 5-10 minit.
Bahan Lapisan Cheese –
250g cream cheese
80g gula aising
80g tepung gandum
2 biji telur
40ml air
1 sudu teh esen vanilla
Cara Membuat:
1. Ayak serbuk koko, tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas dan kacau.
2. Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.
3. Dalam bekas lain, campurkan butter dengan gula dan pukul sampai sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Masukkan esen vanilla, gaulkan.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. Masukkan tepung, gaulkan, kemudian masukkan buttermilk, gaulkan sampai habis kesemuanya.
5. Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh cuka sampai ada buih. Kemudian, cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah diadun tadi.
6. Kemudian terus masukkan cawan cupcake. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. (Preheat oven 175°C)
7. Sementara tunggu cupcake masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air dan esen vanilla.
8. Bila cupcakes dah masak, masukkan pula adunan cheese ke atasnya.
9. Kali ini, bakar dengan cara water bath pada suhu 160°C dengan menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit atau sehingga masak.