Resepi Roti Boy Kembang Elok Wangi Satu Rumah

Resepi Roti Boy Kembang Elok Wangi Satu Rumah

Makan petang hari ni, buatkan anak-anak roti boy, makan la puas-puas. Firstime sis buat roti ni, takla susah pun, sedap sangat makan panas-panas. Luarnya garing, dalam lembut je, cuma lepas ni kena lebihkan butter lagi. Resepi sis ambik dekat tiktok, meh sis share kan resepi dia dekat bawah ni.

Bahan Untuk Doh:

  • 1 biji telor
  • 3 tbsp gula castor
  • 1 1/2 yis kering
  • 1 cawan fresh milk suam
  • 1/2tsp garam
  • 3 cawan tepung roti
  • 3 tbsp unsalted butter
  • Unsalted Butter (untuk inti dalam roti)
  • Sedikit minyak (sapu atas doh)

Cara Membuatnya:

1. First sekali satu kan sekali telor, gula, susu dan yis. Kacau-kacau sehingga gula larut. Lepas tu masukkan garam dan kacau lagi. Dalam mangkuk lain, tuangkan tepung roti dan bersama baham yang kita kacau tadi.

2. Kacau adunan dengan senduk bagi sebati semuanya. Lepas tu, campur butter ke dalam adunan tadi. Time ni kena uli selama 5 minit sampai doh tu lembut. Ni nak pakai mixer boleh, nak pakai breadmaker pun boleh. Dah uli doh sampai lembut dan cantik, bulatkan dia dan sapu minyak atas doh tu. Perap doh selama 1 jam.

3. Dah perap 1 jam dan doh naik kembang. Tumbuk doh tu untuk hilangkan angin dalam doh tu, bulatkan dia. Bahagi doh dalam 60gm. Biar semua sama besar. Uli-uli bagi bulat, ketepikan, lepas tu ambik doh letak butter yang dipotong kecik-kecik dan isi ke dalam doh tu. Bulatkan lagi dan last sekali rehatkan doh selama 30 minit sehingga kembang.

Resepi Roti Boy Kembang Elok Wangi Satu Rumah

Bahan Filling Untuk Roti Boy:

  • 1/4 unsalted butter
  • 1/4cup gula castor
  • 1/2tbsp nescafe @ kopi tanpa gula
  • 2 tsp air suam
  • 1 biji telor
  • 1/8 garam
  • 1/2 cup tepung gandum (saya guna bakers choice)
Resepi Roti Boy Kembang Elok Wangi Satu Rumah

Cara Membuat:

4. First sekali whisk butter dan gula sampai sebati. Kemudian bancuh nescafe bersama air dan kacau sampai larut. Tuang ke dalam butter dan gula tadi, lepas tu masukkan telor, garam dan last sekali tepung. Kacau kesemuanya sehingga sebati, letak dalam papping beg.

5. Bila roti dah kembang elok. Pappingkan filling ke atas roti, slow-slow buat. Saya pun firstime buat, agak comot sikit. Last sekali bakar suhu 180 selama 30 minit. Selamat mencuba.

Resepi Roti Boy Kembang Elok Wangi Satu Rumah

Resepi Oleh: Nor Atika Nazirah