Ayam

Resepi Pulut Ayam Thai

resepi-pulut-ayam-thai

Resepi Pulut Ayam Thai

Bahan-Bahan:

Ayam sebelah – Di potong

Bahan Perap – Di tumbuk halus

5 ulas bawang putih
2 tangkai akar ketumbar – di potong kasar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh lada putih (lada sulah)

Bahan Lain –

1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan air
1⁄2 cawan bawang merah di mayang nipis
1⁄2 cawan tepung beras

Untuk Sos Cili Thai:

5-6 ulas bawang putih
cili merah & cili padi

+ kisar kasar bahan di atas

200gm gula
2 cawan air
garam
bijan
tepung jagung (untuk pekatkan sos)

+ Masak semua bahan diatas sampai mendidih pastu renehkan skejap.

Cara Memasak:

1. Untuk bahan perapan: Tumbuk semua bahan A dan gaul dengan isi ayam yang di potong tadi. Masukkan gula, garam, kicap cair dan air sambil di gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap lagi jika di perap semalaman. Sesekali balik-balikkan ayam yang di perap untuk meratakan bahan perapan dengan isi ayam.

2. Untuk hasilkan bawang goreng yang melengkapkan dan melazatkan lagi hidangan pulut ayam ini, pastikan bawang merah yang di mayang tadi di kering menggunakan tisu dapur. Gaul dengan secubit garam dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan dan garing.

3. Sementara itu, keluarkan ayam yang di perap. Masukkan tepung beras kira-kira 1/4 cawan dahulu dan gaul dengan ayam tersebut hingga bersalut. Jika cair, masukkan sedikit lagi tepung.

4. Goreng hingga garing di dalam minyak yang panas dalam 5 minit atau sehingga masak. Hidangkan dengan pulut yang di tabur dengan bawang goreng dan sos cili Thai.

Untuk pulut, hanya kukus atau tanak seperti biasa.

Resepi Pulut Ayam Thai

Resepi Oleh: Wan Muhammad Hafiz Satar