Resepi Ayam Masam Manis ala Thai

Resepi Ayam Masam Manis ala Thai

Yang ni ala Thai, kalau style china kena tambah sos plum. Dan tak perlu letak bawang merah dan halia. Kapsikam takda, hakak guna cili besar.

Bahan-Bahan:

  • 350 gr ayam tanpa tulang, potong dadu
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • lada putih
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 bawang merah
  • 1 inci halia/ginger
  • 2 cili merah
  • nanas

Bahan Sos:

  • 2 sdm sos tomato
  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos tiram
  • 1 sdm sos plum (optional)
  • 1 sdm gula
  • 1/4 cawan air

Cara Memasak:

1. Gaulkan ayam dengan tepung jagung, kicap cair dan lada putih. Goreng hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia hingga wangi. Masukkan bahan sos, kacau lagi hingga berbuih.

3. Masukkan cili besar dan nanas. Masukkan ayam, kacau sebati. Kalau nak sedikit berkuah tambahkan air.

4. Jikalau kurang masin, tambahkan juga sedikit seasoning/cukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Nak lagi sedap? Hidangkan dengan cili padi potong kicap. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Masam Manis ala Thai

Resepi Oleh: Kuali Helena