Resepi Puding Rose Susu Nampak Cantik Menawan

Resepi Puding Rose Susu Nampak Cantik Menawan

Dah siap dessert saya untuk petang ni, buat awai tak kalut. Excited pulak sejak dapat acuan-acuan yang comel ni. Kalau ada acuan/mold ni puan-puan boleh je buat apa-apa jenis puding atau kuih sebab resepi yang saya bagi ni sebagai contoh atau panduan.

Saya pon belajar dan gunapakai resepi kawan-kawan lain jika saya rasa saya nak cuba buat. Resepi di bawah ni adalah olahan dari agar-agar atau puding yang pernah saya buat sebelum ni, harap membantu, terima kasih semua.

Bahan-Bahan:

  • 800ml air
  • 1 peket agar-agar serbuk 10g
  • 200ml susu cair
  • Sirap rose secukupnya (boleh + pewarna pink)
  • Gula secukupnya

Cara Membuat:

1. Sediakan periuk, masukkan air, agar-agar serbuk, dan susu cair. Kacau-kacau sehingga agar-agar tidak berketul. Masak atas api perlahan dan kacau sehingga sebati. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut, rasa manis ikut selera.

2. Setelah siap ambil sedikit dan asingkan agar-agar putih ni. Sediakan acuan-acuan yang comey. Basahkan dulu supaya senang nak keluarkan nanti. Tuang adunan putih ke dalam acuan, agak-agak 1/4 je. Jangan separuh ye nanti tak cantik.

3. Dah siap, sejukkan ke dalam peti sebentar sementara kita siapkan bahagian pink. Baki agar-agar tadi kita panaskan balik, api perlahan ye, masukkan sirap rose. Dah dapat warna yang cantik boleh tutup api.

4. Bila adunan yang putih tadi agak-agak dah keras sikit (jangan biarkan terlalu keras nanti susah nak lekat). Boleh tuangkan adunan yang pink tadi perlahan-lahan ye. Yang ni kena sabar, tuang sehingga penuh acuan.

5. Bila dah habis, boleh sejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras. Siap.

Nota:

  • Nak keluarkan dari acuan kena slow-slow ye, sisip tepi-tepi guna jari. Bila dah agak renggang boleh la letakkan di atas pinggan.
  • Satu lagi tips, boleh guna lidi kecik (penyungkil gigi) letak kat tepi puding dan keluarkan slow-slow. Tapi tips ni susah sikit sebab puding akan pecah dan tak cantik.

Kalau Nak Puding Nampak Cantik Elok, Boleh Guna Acuan Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Puding Rose Susu Nampak Cantik Menawan

Resepi Oleh: Syana Anuya Manmad