Resepi Puding Oreo

Resepi Puding Oreo

Bahan-Bahan:

1 paket oreo yang panjang, letak lebih lagi sedap
20gm agar agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan milo
Secubit garam
Pewarna

Cara-Cara:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Kemudian masukkan gula, dikacau rata.

2. Masukkan susu cair, kacau rata. Masukkan tepung jagung (bancuh dulu dengan sedikit air).. Masukkan secubit garam, kacau sehingga mendidih dan tutup api.

3. Adunan puding tadi tapiskan, bahagikan 2 bekas. Lebihkan adunan yang campur dengan milo, 1 bekas lagi tu terpulang nak letak pewarna atau tidak.

4. Acuan/loyang basahkan dengan air. Tuang 2 cawan adunan milo dalam acuan/loyang, biarkan sederhana beku. Tuang dalam 1/2 cawan yang warna pink, mula susun oreo ikut suka. Susun bertindih pun tak pe. Tuang hingga habis adunan pink, biarkan sederhana beku.

5. Last, tuang lebihan adunan milo sampai habis. Bekukan, boleh simpan dalam peti sejuk 3-4 jam.

6. Keluarkan puding tu perlahan-lahan dari acuan, potong dan sedia dihidang.

Resepi Oleh: Zura Zul