Nasi

Resepi Nasi dan Ayam Beriani

resepi-nasi-dan-ayam-beriani

Resepi Nasi dan Ayam Beriani

Bahan Nasi Beriani:

5 cawan beras Basmathi
5 cawan air
Sedikit minyak mazola/minyak sapi untuk menumis
1 cawan susu cair
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih.
Sedikit halia.
Bahan tadi di blend/di tumbuk
Rempah tumis 4 beradik – bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
2 sudu makan rempah nasi beriani – saya guna faiza
2 batang serai – di ketuk
1 kiub ayam
Garam, perasa , gula secukupnya
Pewarna – merah, kuning dan hijau
Buah gajus dan kismis secukupnya

Cara Buat:

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi di ikuti rempah dan bahan tumis 4 beradik. Masukkan air, kiub ayam, serai, susu cair dan beras.

2. Masukkan perasa secukupnya. Tunggu sehingga nasi masak, baru titikkan Kaler. Biarkan seketika, kemudian baru di kacau sampai rata.

3. Jangan kacau nasi selalu supaya beras tadi tidak patah seperti dalam gambar. Taburkan bawang goreng, buah gajus, dan kismis. Kalau suka, masukkan daun ketumbar ikut selera masing-masing.

Resepi Ayam Beriani

Sukatan saya agak-agak je.

Bahan-Bahan:

Ayam
Bawang besar
Minyak sapi – Kalau takde, minyak biasa pun boleh
Rempah beriani – saya guna jenama faiza dan sedikit serbuk kari ayam
Tomato puri
Susu cair
Rempah tumis
Daun ketumbar

Bahan Kisar – 

Bawang putih
Halia
Cili hijau
Cili merah

Bahan diatas saya blend

Cara Masak:

1. Panaskn minyak, masukkan rempah tumis, bahan kisar, bawang besar dan daun ketumbar. Masak hingga wangi, masukkan rempah beriani dan serbuk kari ayam.

2. Tumis hingga pecah minyak, kalau kering tambah air sikit. Masukkan ayam dan tomato puri, biar ayam masak. Last masukkan susu cair sikit. Biar sebati, baru tabur daun ketumbar. Siap.

Resepi Oleh: Hawa Qalisya Ikin