Resipi Mudah Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

Resipi Mudah Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

Sambal tomato ikan bilis goreng ni memang mabeles. Mantop! ratah pun sedap, makan dengan pulut pun sedap, makan dengan lontong pun sedap.

Bahan Goreng:

  • 1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)*
  • 1 inci belacan*
  • minyak sikit untuk goreng*

Tanda di atas digoreng bersama terlebih dulu hingga masak dan ketepikan.

Bahan Tumbuk:

  • 4 biji cili merah dipotong kasar
  • 2 biji tomato dipotong 8
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih

Bahan di atas ditumbuk kasar.

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula (ikut selera nak sedap macam mana)
  • 1 inci gula melaka (kak long guna gula kabung sebab tu je yang ada)

Cara Memasak:

1. Tadi dah goreng ikan bilis + belacan, sekarang letak sikit minyak dan goreng bahan tumbuk. Kacau rata sampai keluar minyak dan masukkan ikan bilis + belacan tadi.

2. Gaul kejap. Masukkan pula gula melaka tadi sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.

3. Tada dah siap! Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat wei.

Guna Ikan Bilis Jenis Ni Baru Rangup & Tak Liat >> KILIK DI SINI

Resipi Mudah Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

Resipi Oleh: Homemade By Roselyza