Puding

Resepi Puding Milo Oreo

resepi-puding-milo-oreo

Resepi Puding Milo Oreo

Bahan-Bahan:

  • 10 gm agar-agar serbuk (1 peket)
  • 750 ml air
  • 130 gm gula (2/3 cawan)
  • 400 ml susu cair (1 tin)
  • 70 gm Milo (3/4 cawan)
  • 1 bungkus Oreo

Cara-Cara:

1. Masak air bersama serbuk agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan masak hingga gula larut.Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.

2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan Milo. Kacau adunan hingga sebati.

3. Ambil 1 cawan adunan agar-agar Milo dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.

4. Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5-7 minit. Jangan sampai terlalu keras. Baki adunan Milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.

5. Apabila permukaan adunan Milo dalam loyang mengeras sedikit, toreh permukaannya dengan garfu supaya lapisan atasnya mudah melekat.

6. Tuangkan adunan putih perlahan-lahan. Kemudian patahkan Oreo kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam adunan tadi.

7. Biarkan lapisan putih pula mengeras (saya buat 2 layer adunan putih supaya Oreo menjadi 2 lapis).

8. Akhir sekali tuangkan baki lapisan Milo. Simpan dalam peti ais sehingga keras sepenuhnya.

Resepi Puding Milo Oreo

Resepi Oleh: As Linda