Puding

Resepi Bread Butter Pudding Versi Bakar

resepi-bread-butter-pudding-versi-bakar

Resepi Bread Butter Pudding Versi Bakar

Bahan-Bahan Puding:

  • Roti gardenia pek bonanza
  • Susu segar/full cream 3 atau 4 cawan
  • Telur A 3 atau 4biji
  • Gula 3-4 sdb (gula ejas tahap manis yang nak)
  • Esen vanila
  • Butter 3-4 sdb (saya cairkan)
  • Topping boleh letak mix fruits/kacang/coklat chip

Cara-Cara:

1. Campurkan susu, telur, gula, esen vanilla pukul guna whisk jer. Bila Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah dicairkan tadi. Kacau-kacau sikit.

2. Roti 3 keping setiap bekas, potong 4, susun dalam bekas, tuangkan bahan puding tadi setiap bekas bagi rata. Tekan-tekan sikit guna spatula bagi meresap.

3. Tabur topping di atas, kemudian bakar selama 30-40 minit dengan suhu 150-180c (ikut oven masing-masing ye).

Bahan-Bahan Sos Kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1/2 cawan air
  • 3-4 sdb gula (yang ni ikut tahap manis yang nak)
  • Sedikit esen vanila (creamy vanilla best sikit)

Cara-Cara: Campur tepung kastard dengan air, kemudian campur semua bahan dan masak atas api sehingga pekat. Part ni paling malas, kena selalu kacau-kacau, api kecik ja jangan kuat sangat nanti hangit.

Nota:

  • Resepi ni saya refer resepi-resepi dalam fb/google dan ejas cara saya.
  • Kalau guna roti bonanza 1 bungkus tu boleh dapat 6 bekas kecik (kalau nak buat 2 bekas saja boleh buat 1 cawan susu, 1 atau 2 biji telur).
  • Size 10” roti bonanza 1 bungkus (adunan 4 cawan susu, telur saya selalu lebihkan sebiji).
  • Size 9” pun boleh guna roti yang pek kecik tu (adunan 3 cawan susu, telur pun saya lebihkan sebiji).
  • Butter kalau tak nak cairkan, boleh sapu pada setiap roti. Saya malas nak sapu satu-satu, saya tuang terus yang cair kan senang.
  • Sos kastard kalau nak lebih gandakan 2 ye.
Resepi Bread Butter Pudding Versi Bakar

Resepi Oleh: Syazwany Bakri