Resepi Puding Lumut Butter
Bahan Puding Lumut:
2 biji telur
150grm gula pasir
125ml santan instant
550ml air
1/2 sudu garam
1 sudu teh vanilla esen
1 sudu esen pandan @ 100ml jus pandan
1 bungkus serbuk agar
Cara Buat:
1. Kacau rata semua bahan atas sampai rata, kemudian tapis dan masukkan dalam periuk. Masak guna api sederhana sambil kacau.
2. Kacau sampai mendidih. Kalau nak lumut full tanpa mendapan air, biarkan dalam periuk dulu. Bila dah kurang panas, baru masukkan dalam acuan.
Bahan Puding Butter:
4 biji kuning telur
100grm butter dicairkan
4 sudu makan gula pasir
1/2 tin susu pekat
550ml air
1 bungkus serbuk agar-agar
Cara Buat:
1. Kacau bahan tadi dan masak sampai mendidih guna api kecil saja. Lepas masak, kemudian tuang ke atas puding lumut yang tadi.
2. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Boleh la dihidangkan. Selamat mencuba.
RResepi Oleh: Rozinah Inah