
Resepi Hokkaido Triple Cheese Cake
Bahan Kek: (lapisan bawah)
120g putih telur
120g Gula
120g kuning telur
120g tepung kek
Cara Buat:
1. Pukul putih telur dan gula menjadi meringue. Masukkan kuning telur dan masukkan tepung, kaup balik.
2. Sediakan loyang ukuran 8 inci, bakar guna kaedah water bath api atas bawah suhu 160′ 25 minit atau smpai masak.
3. Suda siap, sejukkan dan belah 2. 1 belahan guna untuk lapisan kek dan 1 belah lagi untuk cream luar kek nanti.
Lapisan Tengah (adunan cheese)
Bahan-Bahan:
220g cream cheese
80g gula
60g whiping cream
1 biji telur
1 kuning telur
6g tepung cake
Cara Buat:
1. Pukul krim cheese gula sampai sebati, masukkan telur dan kuning telur. Mixerkan sampai sebati.
2. Pukul whipping cream berasingan sampai kembang, sudah tu masukkan whiping krim ni ke dalam adunan cheese tadi. Mixer sampai sebati dan masukkan tepung kek, kacau sebati.
3. Ambil kek yang sudah masak dan belah 2 tadi. Guna loyang lose base tin size 8 atau 7. Masukkan kek tadi serta masukkan adunan cheese tadi, bakar 35 ke 40 minit atau sampai masak.
4. Suhu 150’c api atas bawah bakar cara water bath juga ya.. Sudah masak, sejukkan kek, baru buat adunan lapisan atas.
Lapisan Atas
Bahan-Bahan:
100g cream cheese mascarpon
50g gula
30g kuning telur
20g air sejuk
7g gelatin
50g whiping krim
150g whipping krim
Cara Buat:
1. Satukan air sejuk dan gelatin biarkan kembang. Pukul krim cheese, kuning telur dan whiping krim sampai sebati.
2. Pukul dalam bekas lain whiping krim lagi 150g tu sampai kembang. Satukan adunan cheese tadi dengan whiping krim tu.
3. Double boilerkan gelatin tadi sampai cair dan tuang dalam adunan cheese tadi dan kaup balikkan sampai sebati.
4. Tuang dalam loyang yang dah disejukkan tadi (lapisan tengah) tu ye. Sejukkan dalam peti sejuk selama 6 jam baru keluarkan dari loyang ya.
Lapisan luar (cramb)
1. Ambil kek yang 1 lapisan tadi saya guna food processer untuk hancurkan dan campur 30g serbuk parmesan cheese dan gaul sebati.
2. Pukul 50g fresh krim sampai kembang dan sapu pada kek yang dah siap sejukkan tadi sebagai gam dan tepekla serdak-serdak (cramb) tu keseleluruhan kek. Siap.
Resepi Oleh: Ola Lola