Puding

Resepi Puding Kurma Coklat

resepi-puding-kurma-coklat

Resepi Puding Kurma Coklat

Bahan-Bahan:

10 gram Agar-Agar Serbuk
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar butter
3 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar Milo
1 biji telur
7 biji buah kurma
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
2 helai daun pandan (dicarik & disimpul)

Cara Menyediakannya:

1. Kurma dibuang biji dan direndam dengan 1 cawan air selama semalaman atau sehingga kurma lembut. Blend kurma dengan air tadi. Ketepikan.

2. Blend susu cair, tepungg kastard, telur dan esen vanilla. Ketepikan. Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.

3. Masak Agar-agar serbuk dengan 3 cawan air dan daun pandan sehingga agar-agar larut dan mendidih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masukkan butter. Kacau hingga butter cair.

4. Masukkan susu cair, tepung kastard, telur dan esen vanilla yang telah dikisar tadi dan secubit garam. Kena kerap kacau, api kena perlahan, sehingga Puding mendidih. Tutup api.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan dalam periuk yang berasingan. 1 bahagian masukkan kurma yang telah dikisar tadi. 1 bahagian lagi, masukkan bancuhan serbuk koko dan Milo tadi. Kedua-duanya masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Tutup api.

6. Basahkan loyang atau alas dengan plastik. Tuang adunan coklat dahulu. Biarkan ia separa mengeras.

7. Bila sudah separa mengeras, tuang perlahan-lahan adunan kurma di atasnya. Jika adunan kurma telah mengeras, panaskan di atas api sekejap dan kacau-kacau sebentar. Adunan akan cair semula. Ratakan. Sejukkan.

8. Apabila telah sejuk, simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resepi Puding Kurma Coklat

Resepi Oleh: Hamidah HA